Adakah anda penggemar Sugar Glider ??? Mari kita sama-sama berkongsi pendapat atau pandangan terhadap binatang kesukaan ramai ni ...
Class: Mammalia
Subclass:Marsupialia
Order:Diprotodontia
Suborder: Phalangerida
Superfamily: Petauroidea
Family: Petauridae
General Info:
Sugar Glider ni berasal dari Australia, dan ia juga ada di sebahagian kecil wilayah di Indonesia dan Papua New Guinea. Mereka ini tidak ada kaitan dengan tupai terbang dan dianggap binatang eksotik di Amerika Syarikat. Spesis Sugar Glider sememangnya aktif di malam hari dan akan tidur pada siang hari.
Dari mana nama Sugar Glider di perolehi : Nama mereka berasal dari dua ciri-ciri mereka yang jelas. Mereka amat menyukai manisan yang manis seperti Gula dan Madu.
Bagaimana rupa Sugar Glider ?: Seekor Sugar Glider dewasa bersaiz sekitar 5 hingga 6 inci panjang dengan ekor yang sama panjang dengan badannya untuk membantu keseimbangan tubuh mereka. Sugar glider memiliki telinga berbulu, berwarna kecoklatan dengan garis hitam panjang yang membentang dari hidung hingga ke hujung belakang. Bahagian bawah pula berwarna krim atau warna putih. Mereka mempunyai mata yang besar, seperti kebanyakan haiwan malam hari, untuk membolehkan mereka melihat dengan lebih tajam. Sugar Glider mempunyai lima kuku tajam pada setiap kaki depan dan belakang bagi membantu pergerakan mereka yang suka memanjat.
Lagi info tenteng Sugar Glider : Sugar Glider mempunyai saiz yang berbeza. Kebiasaannya bagi Sugar Glider Jantan ia mempunyai berat dalam lingkungan 120grams manakala, bagi Sugar Glider betina pula dianggarkan dalam linkungan 200gram dan ini tidak termasuk Sugar Glider yang mempunyai masalah kegemukan. Tahap suhu badan Sugar Glider pula di dalam linkungan 89 darjah. Jangka hayat Sugar Glider adalah 5 hingga 7 tahun tetapi ia boleh mencecah hingga 12 ke 15 tahun bergantung kepada cara pemakanan mereka. Kebiasaannya bagi Sugar Glider yang tidak mempunyai diet yang seimbang dan pemakanan yang tidak mencukupi hanya bertahan sehingga 6 ke 8 tahun sahaja.

No comments:
Post a Comment