- Jadi, oleh sebab kebanyakan masa siang digunakan untuk tidur, pemilik sugars perlu memberikan perhatian yang secukupnya pada waktu malam. Sugars mula aktif pada waktu malam atau bila sahaja keadaan persekitaran mejadi gelap dan masa mereka mula menjadi aktif adalah bergantung pada sugars secara individual. Ada yang mula aktif selepas pukul 8 dan ada sahaja yang hanya celik selepas tengah malam. Pemilik sugars harus bersedia untuk mengorbankan waktu tidur mereka, sekurang-kurangnya 1-2 jam setiap malam untuk melayan mereka.
- Sugars boleh hidup sehingga 15 tahun dalam penjaagan manusia atau dalam kurungan manusia, jadi ia amat penting bagi pemilik sugars untuk memberi komitmen sepanjang tempoh ini kepada sugars mereka.
- Sugars mempunyai keperluan diet yang istimewa kerana mereka adalah haiwan yang eksotik dan pemilik sugars perlu sanggup mengambil masa setiap malam dalam purata masa 10-20 minit untuk menyediakan makan malam mereka.
- Sebagai haiwan sosial yang tinggal secara berkoloni, mereka memerlukan perhatian yang secukupnya dan sangat suka bersosial dalam kumpulan mereka sendiri. Sebab itu sugars dinasihatkan untuk didapatkan dalam pasangan, agar mereka tidah stres dan berasa sunyi.
- Tetapi, ia juga dinasihatkan agar pemilik sugars yang ‘newbie’ atau baru dalam penjagaan sugars untuk tidak membenarkan pasangan sugars mereka membiak. Untuk pembiakan sugars adalah kompleks, banyak persediaan diperlukan untuk mengenalpasti dan menjaga suggies yang bunting. Dan persediaan yang lebih tinggi diperlukan sekiranya joey yang lahir di’reject’ oleh ibunya.
- Jadi sugars jantan dinasihatkan untuk dikasi atau ‘neutered’ agar sebarang joey yang tidak di dijangka boleh dielakkan dari terjadinya pelbagai masalah dan komplikasi. Jika anda hanya mampu secara kewangan dan kudrat untuk membela hanya seekor sugar, anda perlu memastikan yang anda boleh dan sanggup memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada mereka.
- Walaupun mereka hanya aktif pada waktu malam, ini tidak bermakna yang mereka tidak boleh dibawa bermain pada waktu siang. Salah satu sifat haiwan marsupial ini adalah suka meluangkan hari siang mereka, ‘cuddling’ atau bermanja di dalam pouch yang digantung di leher pemilik mereka yang kelihatan seperti rantai yang mempunyai poket. Mereka amat mudah untuk dibawa mereka ke mana-mana.
Sebagai pelajar universiti, saya sering membawa sugars saya ke kuliah dan mereka langsung tidak menggangu kehidupan seharian saya. Sugars amat kecil dan senyap, kebanyakan orang tidak sedar saya membawa sugars saya ke mana-mana saya pergi.- Sugars selalunya tidak kisah untuk bangun pada waktu siang untuk mendapat perhatian dan kasih sayang dari pemilik mereka.Seperti yang dinyatakan, sugars merupakan haiwan yang sukakan perhatian dan tanpa perhatian yang cukup, mereka akan menjadi murung dan ini juga boleh menjurus kepada ‘self mutilation’ (sifat yang mencederakan sendiri yang dilakukan kerana stres, amat bahaya ketika sugars ada ‘suicidal thoughts’, ambil tindakan dengan cepat dengan membeli collar yang kecil utuk mengelakkan dia mencederakan dirinya sendiri dan luangkan masa yang cukup dengan mereka).
Dengan perhatian dan kesabaran yang secukupnya, sugars boleh menjadi haiwan kesayangan anda dan keluarga. Tapi jangan lupa untuk membuat penyelidikan yang banyak sebelum membela sugars anda. Mereka ibarat bayi, adakah anda mahu mendapat mereka tetapi tidak langsung bersedia untuk menjaga mereka?


No comments:
Post a Comment